SHAH ALAM: Polis menahan 15 remaja termasuk empat pelajar tingkatan empat di Klang selepas disyaki terbabit dalam parti liar dalam serbuan di sebuah kondominum mewah di Seksyen 7, Shah Alam di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, ketika serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu dilakukan, suspek dilihat dalam keadaan berkhayal dipercayai di bawah pengaruh dadah dan keletihan akibat berparti sejak pukul 9 malam.
"Pemeriksaan awal ujian air kencing mendapati lapan daripada mereka positif dadah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Baharuddin berkata, polis turut merampas satu bungkusan dadah disyaki ganja dengan anggaran berat 2.3 gram bersama-sama mereka.
Mengulas lanjut, katanya, kondomium itu dipercayai disewa oleh salah seorang daripada mereka dengan kadar RM200 satu malam, untuk menganjurkan parti liar ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih berkuat kuasa pada waktu ini.
Kesemua mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun itu, yang saling mengenali, berhubung menggunakan aplikasi WeChat.
"Semakan juga mendapati tiga termasuk penganjur parti liar itu yang bekerja sebagai penghantar makanan mempunyai satu rekod lampau membabitkan dadah," ujarnya.
Katanya, kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Siasatan juga katanya dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Umavathi Ramayah
Sat Aug 07 2021
Baharuddin Mat Taib berkata, ketika serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu dilakukan, saspek dilihat dalam keadaan berkhayal dipercayai di bawah pengaruh dadah dan keletihan akibat berparti sejak pukul 9 malam.- Gambar IPD Shah Alam
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia
Meskipun kesihatan menjadi tumpuan paling utama namun sektor lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat tidak langsung diketepikan bagi memulihkan negara.
Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.
Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.
P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.
PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.